Tuesday, March 22, 2011

SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.

FARDHU

SEBELUM

HUKUM

SELEPAS

HUKUM

Subuh

2 rakaat

Muakkat

Tiada

Tiada

Zohor @ Jumaat

4 rakaat
2 rakaat

Muakkat - 2 rakaat

4 rakaat
2 rakaat

Muakkat - 2 rakaat

Asar

4 rakaat

Tidak Muakkat

Tiada

sembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari)

Maghrib

2 rakaat

Tidak Muakkat

2 rakaat

Muakkat

Isyak

2 rakaat

tidak Muakkat

2 rakaat

Muakkat

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ

حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.

NIAT SOLAT RAWATIB

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.


أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala.

SOLAT SUNAT AWWABIN

Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.

Fadhilat Solat Awwabin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;

Ertinya :
Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin

a) Pada dua rakaat yang pertama

أصَلِّي سُنَّةَ حِفْظِ الِإيْمَانِ مَعَ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)

Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat

1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali

selepas itu beri salam, baca doa ini..

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ إِيْمَانِي فِي حَيَاتِي وَعِنْدَ مَمَاتِي وَبَعْدَ مَمَاتِي، فَاحْفَظْهُ عَلَيَّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِير


Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,
semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

b) Pada dua rakaat yang kedua

أصَلِّي سُنَّةَ َ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

c) Pada dua rakaat yang ketiga

أصَلِّي سُنَّةَ الأَوَّابِينَ مَعَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

Sunday, March 20, 2011

Saturday, March 19, 2011

KEPERLUAN DALAM CINTA

KASIH SAYANG adalah esensi dari cinta yang murni. Idealnya adalah keseimbangan dalam memberi dan menerima kasih sayang. Belajarlah untuk menyayangi kekasihmu seperti kamu menyayangi dirimu sendiri. Nyatakanlah kasih sayangmu padanya dengan perhatian, bersikap pengertian, bicara dengan kata-kata yang manis, menghidangkan makanan atau minuman kesukaannya, dsb. Jangan sedih dan kecewa kalo' kekasihmu tampak belum sungguh-sungguh menyayangimu. Jangan berhenti menyayanginya, kerana cepat atau lambat dia akan memberi respon kasih sayangmu dengan kasih sayangnya yang murni.

KEPERCAYAAN adalah ungkapan cinta yang mendalam. Rasa saling percaya adalah iklim yang ideal bagi tumbuhnya benih-benih cinta. Sebaliknya, kurangnya rasa percaya merupakan hama yang bisa merusak bunga-bunga cinta dengan kesalahpahaman, kecemburuan dan keraguan. Tambahkanlah terus kepercayaanmu padanya, dan berusahalah agar kepercayaannya padamu juga semakin bulat.

KETULUSAN
cinta keluar dari hati nurani yang bersih. Hubungan cinta yang tulus akan ditandai dengan keterus-terangan, keterbukaan dan kejujuran. Tidak ada yang ditutup-tutupi, tidak ada kepura-puraan, tidak ada rekayasa dan tidak ada maksud-maksud terselubung. Betapa rapuhnya cinta yang terjalin tanpa ketulusan.

PERSAHABATAN adalah keperluan mutlak dalam suatu jalinan cinta. Cinta bukanlah cinta tanpa persahabatan. Sebagai sahabat yang baik, kamu akan menjadi teman bicara, teman bergurau, teman bermain, teman diskusi, teman dikala suka dan duka. Sebagai sahabat, kamu tidak akan menggurui, mengatur, mengekang dan membuatnya takut. Berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik dan menyenangkan agar dia merasa lebih nyaman dan bahagia.

KOMUNIKASI adalah jambatan yang akan menyatukan dua hati dan dua fikiran. Komunikasi yang baik harus bersifat dua arah, tidak ada yang terlalu banyak bicara dan tidak ada yang terlalu banyak berdiam. Komunikasi yang baik tidak hanya sekadar bicara, tapi juga mendengar dengan telinga dan hati. Komunikasi yang terbuka akan membuat hubungan lebih akrab, dapat mencegah kesalahpahaman dan memudahkan penyelesaian konflik Tanpa komunikasi yang baik, sulit untuk mempertahankan keindahan suatu jalinan cinta. Jadi, peliharalah jalur komunikasi yang lancar dan jangan biarkan tersumbat.

KESETIAAN
mencerminkan kekuatan keperibadian. Mudah sekali mengucapkan janji setia, namun terkadang sulit untuk menjalaninya kerana banyak sekali godaan yang dapat menggoyahkan kesetiaan. Tapi dalam keadaan apapun kesetiaan harus dijaga, sebab tidak mungkin mempertahankan keindahan cinta tanpa kesetiaan. Manusia duniawi sekali waktu kamu mengagumi dan menyukai orang lain yang sangat menarik, namun kesetiaan akan mencegah kamu mengkhianati kekasihmu dengan cara apapun. Kesetiaan juga akan diuji oleh situasi dan kondisi yang buruk. Kesetiaan akan memilih untuk tetap mencintainya ketika dia sakit, ketika dia tidak berdaya, atau ketika dia tidak menarik lagi secara fisik.

RASA HORMAT adalah bahagian yang tidak terpisah dari kasih sayang. Kallau kamu saling menyayangi, maka kamu akan saling menghormati. Rasa hormat akan memagari keakraban dan keintimanmu agar tidak melanggar hak pribadi yang masih dimiliki oleh sepasang kekasih. Rasa hormat akan membuat kamu menghargai privasinya, menghargai pendapatnya, menghargai keyakinannya dan manghargai dirinya sebagai seorang pribadi yang penting. Kalau kamu menghormati kekasihmu, kamu akan menjaga kehormatan dan harga dirinya.



dOa AkU dAn DiA



YA ALLAH
Seandainya telah ENGKAU catatkan
Dia adalah milikku kini
Satukanlah hatinya dengan hatiku

Tiupkan kebahagiaan antara kami berdua

Agar kemesraan itu abadi selamanya

YA ALLAH YA TUHAN YANG MAHA MENGASIHI

Seiringkanlah kami melayari kehidupan ini

Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi YA ALLAH

Seandainya telah ENGKAU takdirkan

Dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandangan mataku ini

Lupakanlah ia dari ingatan ku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan hati

YA ALLAH YA TUHANKU YG MAHA MENGERTI

Berikanlah aku kekuatan
Melontarkan bayangannya jauh ke dada langitMU

Tetapi YA ALLAH

Sesungguhnya ku merayu supaya kami tidak terpisah

Walau apapun KAU menduga bermacam halangan

Pada kami tetapkanlah hatiku dan hatinya untuk BERSAMA. amin...